Sunday, 26 April 2015

Gila

Bila aku kata kau gila,
Kau pandang aku tak berkelip mata,
Selayaknya aku patut mati,
Berhukumkan kau,
Tapi kau memang gila!,
Kau sakit,
Bila aku kata
Kau tak mahu percaya,
Kau tuduh aku penghancur hidup,
Otak kau gila,
Jiwa kau kacau,
Yang kau kejar hanya bayang²,
Jasad yang kau Damba,
Sudah lama tidur,
Di timbus tanah,
sudah beda dunianya,
Antara kau dan dia!,
Tolong sedar.

Monday, 6 April 2015

Khalayak

Blog yang sudah terlalu lama tak di update then tertiba aku terasa seperti ingin "Menulis" a.k.a menaip tentang sesuatu supaya blog nie kelihatan "Segar" hehehe... ok la back to tujuan asal. aku terfikir satu perkara nie tu pun secara tak di segajakan. tentang "BERCAKAP DIKHALAYAK RAMAI" apa yang korang tahu tentang ini..?? ok la aku rasa ramai yang mampu atau lebih berkeyakinan bila bercakap di tempat umum nie. syabas lah oke.. korang berjaya mengatasi rasa gementar yang maha hebat dalam diri korang...huhu aku bagi 10 bintang. tapi ada juga sesetengah individu yang tak mampu atau kurang berkeyakinan apabila bercakap dikhalayak ramai nie, termasuk aku la. mengaku nie huhu.. ntah sebab aku rasa ada yang tak kena. seolah macam semua orang akan bagi penilaian masing-masing atas apa yang deorang lihat contohnya la cara berjalan, menampilan seseorang tu pakai baju warna apa,seluar warna apa,rambut ok tak.. boleh dikira dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki nak dinilainya.. haha aku pun bukan seorang yang perlukan perhatian dan penilaian seperti itu and aku tak suka. di sebabkan tu aku selalu mengelak untuk berada di khalayak...haha.. aku ingat lagi time aku belajar dulu ada seorang pensyarah dia sempoi jugak la. dia kenal aku and tahu nama aku.. nak di jadikan cerita time tu kelas dia. kitaorang duduk dalam dewan kuliah yang bercampur dari kelas A sampai D ramai la kan..huhu last minit sebelum kelas tamat dia ada cakap teringin nak dengar suara pelajar nie, semua orang tertanya-tanya siapa la yang istimewa tu. aku dengan hal aku la dah kelas nak habis aku kemas segala buku alat tulis yang ada. sambil terfikir nak pergi cafe then makan sebab lapar tahap dewa dah dari pagi tu tak makan..sibuk puya sibuk duk fikir tertiba macam terdengar nama aku disebut dengan" merdunya" oleh pensyarah terchenta. kawan aku dekat sebelah bantai gelak tak ingat dah..ceh aku pandang ja tak berkelip mata nie punya terkejut.. rasa macam melayang satt.. habis aku.. time tu tak rasa apa lagi sebab terkejut.. aku tengok ja tangga nak naik pentas tu.. tak tengok kiri kanan dah.. dengan selambanya aku bangun and naik atas.then pandang pensyarah aku.. duk tanya nak suruh cakap apa..haha berdiri atas tu mula la urat segala urat tak berfungsi dengan normalnya... jantung lari p mana pun tak tau.. nak bagi salam tertiba terjadi penyakit "gagap" sepontan..haha aku cakap sepatah dua then turun.. orang dah bantai gelak..kesah pulak aku kan... janji aku berani naik atas walaupun terasa macam kena "pukau" time nak naik pentas tu..huhu aku takkan lupa "kenangan" tu sampai bila2.. cukup setakat sini saja entry aku..takot korang tertido pulak baca..ok Assalamualaikum